Cik Puan Amyra Kongsi Petua Bersihkan Rahim Selepas Haid Dengan Rebusan ‘Ajaib’ Ini

Khasiat Air Rebusan Selepas Haid Ini


? Membersihkan rahim selepas haid.
? Mengeluarkan angin dalam badan.
? Memecahkan lemak-lemak diperut.
? Mengurangkan masalah bau badan.
? Menaikkan seri muka umpama Bidadari syurga.

Bagus Untuk Hindari Senggugut

Amalan berterusan juga boleh membuatkan senggugut yang anda alami makin berkurangan malah menjauh pergi.

Bahan-bahan
Halia ( Besar ibu jari )
Kunyit ( Besar ibu jari )
Serai ( 4-5batang )
Daun pandan ( 3 helai )
Madu / Gula batu (Ikut suka)
Air 3 cawan

Caranya
Serai tumbuk kasi pecah sikit.
Kunyit dengan halia tu hiris jangan terlalu nipis. Sederhana je cukup.
Campurkan ke semua bahan-bahan tadi tu.
Rebus sampai mendidih.

Nak Rawat Keputihan
Tambah sireh – 2 helai

Nak Merapatkan Miss V
Tambah manjakani – 1 biji

Bila Patut Minum?

Sebaiknya selepas bersih daripada haid.
Boleh minum suam-suam. Boleh juga minum sebaik sejuk.

“Tapi tapi kalau Myra la, Myra minum suam2 tu terasa lega je bila masuk dalam badan kita tau.. ?”

Sumber/Foto: Amyra Nabila Hasnol