COVID-19: Tak Boleh Bergerak Antara Negeri

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang mahu membuat perjalanan keluar dari negeri masing perlu memaklumkan kepada polis, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bermula tengah malam ini, sehingga 31 Mac depan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata mereka yang mahu membuat perjalanan keluar antara negeri, perlu mengisi borang khas serta menyertakan dokumen pengesahan tentang keperluan membuat perjalanan berkenaan.

Katanya, borang khas itu boleh diisi di mana-mana balai polis berhampiran atau ibu pejabat polis daerah masing-masing bagi membolehkan pihak polis mengeluarkan surat pelepasan.

Beliau berkata, keperluan perjalanan itu hanya untuk mereka yang mempunyai urusan penting atau kecemasan sahaja.

Artikel Berkaitan   Suspek Yang Membakar Kereta Mufti Perlis Mengaku Tidak Bersalah Di Mahkamah