Covid19 Tersebar 1 Guru Dan 3 Pelajar Sah Positif, KKM Sahkan Sebuah Sekolah Di Kulim Ditutup

Students arrive at a high school to resume classes in Beijing on April 27, 2020. - Senior students returned to class on April 27 for the first time since schools were closed down in January as part of efforts to stop the spread of the COVID-19 coronavirus. (Photo by GREG BAKER / AFP)

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) sudah mengarahkan penutupan sebuah sekolah di Kulim, Kedah yang dikaitkan dengan Kluster Tawar.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya juga sudah menjalankan aktiviti nyah cemar dan sanitasi di sekolah berkenaan bagi membendung penularan Covid-19 di kawasan berkenaan.

“Kita sudah menutup sekolah berkenaan dan menjalankan saringan Covid-19 ke atas semua pelajar di sekolah terbabit. Kami sudah mengambil segala pendekatan untuk membendung wabak ini.

“Saya harap seminggu atau dua minggu kita berjaya membendung penularan di kawasan berkenaan,” katanya dalam sidang media Covid-19, di Putrajaya, hari ini.

Terdahulu, menurut infografik yang dikeluarkan KKM semalam terdapat empat kes baharu di Kulim, Kedah yang membabitkan seorang guru dan tiga murid (Kes 9,204 hingga 9,207) dan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun (Kes 9,163) dijangkiti Covid-19.

Kes 9,163 adalah ahli keluarga kepada kes indeks (Kes 9,113). Kes berkenaan adalah daripada kluster Tawar yang kini sudah memasuki generasi ketiga.

Kluster Tawar sebelum ini dikaitkan dengan upacara pengebumian yang diadakan pada 31 Julai dan 1 Ogos lalu.

Sehingga jam 12 tengah hari ini, seramai 47 individu dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 iaitu 40 kes dikesan di Kedah manakala tujuh kes lagi di Pulau Pinang.

kredit harian metro

Artikel Berkaitan   Guru Tadika Cedera Hidung Gara-Gara Disamun Ketika Seorang Diri Di Tadika, Semua Dah Balik