“Cukup makan biri2 ni…” – Aksi budak montel dalam kostum biri2 curi perhatian warganet

Kalau teringat kembali acara sukaneka ketika zaman tadika, memang boleh membuatkan kita tersenyum sorang-sorang kerana banya sangat kenangan yang melucukan.


Apabila tiba acara sukaneka di sekolah, masa ini segala jenis kreativiti akan muncul, seperti yang berlaku di sekolah tadika agama PASTI cawangan Sandakan, Sabah, telah mempamerkan tema haiwan dalam acara perbarisan.

Inilah biri-biri paling comel
Antara yang menjadi perhatian adalah gelagat seorang pelajar yang berbadan montel memakai kostum biri-biri telah membuatkan ramai yang geram melihat kecomelannya.

Difahamkan, acara sukan tersebut berlangsung pada ahad lepas menyaksikan para peserta daripada 15 buah sekolah cawangan PASTI bertanding pelbagai jenis aktiviti.

Pandai cikgu buat kostum
Foto candid kanak-kanak memakai kostum biri-biri yang dimuat naik di laman Facebook rasmi sekolah tersebut nyata mencuri tumpuan warganet.

Malah ada yang memuji kostum yang dikenakan oleh para pelajar sangat cantik dan kreatif, menarik untuk ditonton kerana kesemua kanak-kanak itu kelihatan sangat comel.

Comelnya biri-biri ni
Namun, rata-rata netizen memang geli hati melihat si biri-biri comel dan gebu itu, ada yang menyifatkan ia adalah acara perbarisan yang paling comel sekali.