Daging Korban Disedekahkan Kepada Orang Miskin, Tapi Boleh Ke Simpan Lebih Dari 3 Hari?

Hukum melaksanakan ibadah korban menurut mazhab Syafi’ie ialah sunat muakkad. Ini kerana ia merupakan syiar Islam yang wajib ke atas orang muslim yang berkemampuan demi untuk menjaga terhadap syiar tersebut.

Daging korban juga wajib disedekahkan kepada golongan kafir dan miskin dalam kalangan orang Islam berdasarkan firman Allah SWT:

فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ

Maksudnya: Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin. (Surah al-Hajj: 28)

Persoalannya, berapa lama harus kita simpan daging korban? Adakah tiga hari ataupun lebih?

Hukum menyimpan daging korban oleh peserta korban adalah kurang dari tiga hari atau lebih. Begitu juga kepada penerima sumbangan daging korban, boleh kah menyimpannya atau memakannya.

Diriwayatkan dari Buraidah r.a. berkata :

قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم كنت نهيتكم عن لحوم الأضاحي فوق ثلاثة لتسع ذوو الطول على من لا طول له فكلوا ما بدالكم وأطعموا وادخروا

Ertinya : “Dulu aku melarang kamu sekelian simpan daging korban lebih dari tiga hari supaya meluaskan untuk orang yang miskin akan tetapi sekarang ini makanlah bahagian kamu dan berilah orang makan dan simpanlah.” (Hadith Imam Muslim & Ahmad)

Yang afdhal ialah dimakan dengan segera akan daging korban kerana memakan daging korban itu adalah ibadah maka lebih cepat adalah lebih elok. Akan tetapi harus hukumnya tuan korban menyimpan daging korban untuk dimakan pada masa yang dia kehendaki.

Ada pun daging yang akan dihadiahkan kepada saudara mara dan sahabat handai afdhal dia bahagikan dengan segera. Dan daging yang hendak disedekahkan kepada orang miskin adalah tidak afdhal disimpan jika wujud orang miskin yang memerlukannya. Oleh kerana itulah jika dia hendak menyimpan daging korban hendaklah disimpan akan bahagian dirinya sahaja.

Artikel Berkaitan   Negara Islam paling damai di dunia?

Berkata Imam Nawawi :

وإذا أراد الادخار، فالمستحب أن يكون من نصيب الاكل، لا من نصيب الصدقة والهدية

Artinya : “Dan apabila seorang itu hendak menyimpan daging korban maka yang disunatkan ialah dari bahagian dirinya bukan daripada bahagian sedekah dan hadiah.” (Kitab Raudah At-Talibin)

kredit zayan