Salah satu keperluan bila masuk rumah baru tak kiralah rumah sewa atau rumah sendiri kena ada table top.
Tapi kita sedia maklum, kos nak buat table top ni mencecah ribuan ringgit. Bagi anda yang belum ada bajet atau tinggal di rumah sewa boleh ikut idea perkongsian dari Siti Nor Aticka melalui Kelab Kaki DIY.
Dengan bajet keseluruhan tak sampai RM150 dia menghasilkan table top menggunakan kayu saja. Kreatif kan!
Dah setahun masih kukuh
Saya nak share hasil selepas setahun saya diy sendiri table top ni. Table top masih kukuh, tiada tanda tanda reput.
Ada yang kata pakai playwood nanti akan kembang kene air, reput dan sebagainya tapi so far alhamdulillah. Kukuh dengan jayanya.
Inilah ruang dapur saya. Pilih cat warna merah hitam untuk table top bagi mengikut tema rumah kami.
Kita dah tau nak pakai lama, janganlah biarkan air tumpah tak lap. Memanglah akan kembang kan.
Disebabkan projek ni dah setahun berlalu, anggaran kos keseluruhan seingat saya tak sampai pun RM150.
Bahan diperlukan
Kayu 1 inci x 2 inci
Papan plywood
Skru dan besi penyambung (beli kat Mr. DIY saja)
Cat minyak
Ketinggian table top boleh ikut keselesaan
Bahagian bawah buat skirting saja
Saya tak buat pintu just buat skirting. Itu pun simple sebab saya tak suka yang beropol-ropol. Saya buat ini sebab nak jimat kos, lagi pun rumah sewa.
So yang sedang cari idea masuk rumah baru ke ape tapi takde bajet lagi nak buat table top yg mahal, boleh la buat macam ni dulu.
Sumber: Ct Nor Aticka