“Dah La Dapat Bakal Mertua Umie Aida, Baik Sporting, Lemah Lembut Lagi”

Pelakon terkenal, Datin Seri Umie Aida baru-baru ini menjadi perhatian orang ramai apabila dia berkongsikan perasaan teruja kerana anak sulungnya, Mohd Danial Firdaus bakal berkahwin dengan wanita pilihan hatinya.

Baru-baru ini, video Umie Aida bersama bakal menantunya bergambar bersama lalu dimuat naik oleh selebriti ini di Instagram membuatkan warganet turut memuji sikap sporting dia bersama wanita pilihan anaknya itu.

 

Walau bagaimanapun, terbaru menerusi laman Instagram miliknya, dia berkongsikan pula suasana ketika majlis pertunangan anaknya dan dapat diperhatikan saat-saat manis selebriti ini bertemu dengan keluarga bakal mertua.

“Dengan kesederhaan, kita akan mendapatkan kebahagian yang lain selain kemewahan. Dengan kesederhanaan, kita bisa menghargai dan mensyukuri hal-hal kecil yang sudah kita punyai.

“Dengan kesederhaan, berapapun harta yang kita punya, malah bisa mendatangkan kecukupan hati. Dan dengan kesederhaan majlis pertunangan ini… tampak jelas kegembiraan menerima kehadiran kami, maka terjalinnya silaturahim. Alhamdulillah,” ujar Umie Aida disamping meluahkan rasa syukur.

Perkongsian video selebriti ini turut membuatkan warganet sebak melihatnya apabila dapat menyaksikan keluarga ini yang bakal mendapat menantu disamping tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah buat mereka.

“Bestnya dapat keluarga mertua sporting…”

“Seronok tengok majlis ni… humble and nice, terasa bahagia jugak!”

Anda boleh ikuti juga kisah-kisah lain yang dikongsikan dibawah ini:

kredit buzzkini

Artikel Berkaitan   Pernah Bergambar Mesra, Cleopatra Salahkan Syed Saddiq Gara-Gara Pertambahan Peminatnya “Haters”