Dah Lama Tak Buat Kerabu Ayam, Ingat Nak Buat Sebab Dah Lama Tak Makan

Bahan-Bahan :

  • 1 cawan isi ayam dipotong dadu
  • rebus isi ayam dengan 1 cawan air hingga masak. Ketepikan.
  • 1 biji cili merah
  • 2 urat kacang panjang-hiris halus
  • 1/2 cawan kelapa parut putih-disangrai sebentar hingga wangi- jangan sampai perang
  • segenggam taugeh dibersihkan dan dilalukan air mendidih
  • 2 biji limau nipis diperah airnya
  • 1 sudu besar sos ikan (namphla)
  • garam dan gula secukup rasa

Bahan Dikisar :

  • 2 batang serai- dihiris halus
  • 3 biji cili padi
  • 2 ulas bawang merah dihiris halus
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar udang kering/ ikan bilis siap dikopek

Cara-Cara Memasak :

  1. Toskan isi ayam. Ambil 1 sudu besar air rebusan.
  2. Masukkan semua bahan termasuk isi ayam ke dalam mangkuk. Gaul rata dan sedia dihidang. (atau simpan dalam peti ais dahulu sementara lauk lain disediakan) Kerabu lebih sedap dimakan sejuk bersama nasi dan lauk-pauk lain