Dapat Hadiah BMW Dari Suami, Ramai Yang Cemburu Ibu Neelofa Dapat Suami Mithali

Ibu kepada pengacara dan usahawan Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed menerima sebuah kereta mewah bersempena sambutan ulang tahunnya yang ke-54 daripada suami tercinta.

Menerusi laman sosial Instagram, Kartini berkongsi beberapa keping foto pemberian hadiah istimewa tersebut untuk tatapan umum.

“Alhamdulillah syukur, kasih sayang dari zat kekuasaanmu Ya Allah terpancar seluruh ke jiwa-jiwa yang berdamping denganku. “Alhamdulillah Ya Allah, hari ini menerima kejutan daripada suamiku tercinta.. yang terharu bukan kejutan atau hadiah tetapi usahanya yang membuatku cukup terharu. Love you sayang, kaulah sinar hidupku, kebahagiaanku,” tulis Kartini menerusi ruangan kapsyen.

Tambah istimewa apabila suaminya, Datuk Abdul Halim Khan turut menempah nombor plat KY1 untuk kereta mewah BMW putih tersebut.

Pasangan itu turut meraikan sesi tersebut bersama sebuah kek serta hiasan belon. Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, ramai yang teruja melihat hadiah yang diterima oleh Kartini.

“Bertuahnya badan kak Tini,” tulis pelakon Zarina Zainuddin. Alhamdulillah, happy kita tengok kakak kita happy,” komen adik Kartini.

“Doakan saya dapat suami mithali macam mama Kartini,” kata seorang wargamaya.

“Happy birthday aunty! Tahniah kerana sentiasa dikelilingi insan-insan yang menyayangi dan disayangi,” ujar seorang wargamaya.

“KY1 tu mesti Kartini Yang 2, so sweet!” usik seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 37,000 tanda suka daripada warga Instagram.  Sekadar info, Kartini dilahirkan pada 8 Julai 1966 dan memiliki darah campura. keturunan Pakistan-Arab.

kredit gempak

Artikel Berkaitan   Terdengar Bunyi Bising Di Atas, Lelaki Ini Nampak 7 Lelaki Mabuk Sedang Bermandi Manda Dalam Tangki