Dapat ‘Hint’ Dekat Google Maps! Lelaki Hilang 22 Tahun Lepas Rupanya Dalam Kereta, Tenggelam Belakang Rumah!

William Moldt dilaporkan hilang pada 1997 pada usia 40 tahun dan tidak pernah dijumpai selepas itu. Namun, baru-baru ini penduduk di Florida dikejutkan dengan penemuan mayat William dan dia ditemukan di kawasan perumahan!

Menurut The Guardian, bekas penduduk kawasan perumahan Grand Isles menggunakan Google Maps untuk melihat kawasan sekitar tempat tinggalnya suatu ketika dulu. Selepas diteliti, dia ternampak sebuah kereta melalui gambar dari Google Maps tersebut.

Dia kemudian hubungi rakan yang masih tinggal di sana mengenai hal tersebut. Rakannya terus menggunakan drone dan terbangkan ke kawasan kolam belakang kediaman dia serta ternampak sebuah kereta berwarna putih yang tenggelam.

Pada 28 Ogos, polis menerima panggilan dan ketika tiba di tempat kejadian mereka mengesahkan sebuah kereta sedan berwarna putih.

Selepas ditarik keluar dari kolam, polis menemukan rangka tulang yang masih berada dalam kereta tu.

Ujian dilakukan dan mayat yang ditemui itu disahkan adalah William yang dilaporkan hilang pada November 1997 selepas pulang dari kelab malam.

Tak sangka saya ada mayat berusia 22 tahun dekat dalam tu.”

Menurut jurucakap polis, kawasan tersebut masih dalam pembinaan pada tahun 1997 dan ketika William hilang dan hanya kolam itu sahaja yang memang ada di situ.

Polis merumuskan William telah hilang kawalan ketika memandu dan terbabas ke dalam kolam tersebut. Semasa siasatan awal dilakukan pada tahun 1997 memang kereta tu tak dijumpai. Baru-baru ni, kereta sedan itu kelihatan selepas berlaku peralihan air dalam kolam tersebut.

Artikel Berkaitan   “Elok bagi penjara saja, tak perlu denda ni – Hina Nabi, Pelajar Universiti Didenda RM4,000