Datuk Aaron Aziz Diserang Demam Panas Secara Tiba-Tiba, Peminat Panik, Ini Jawapan Isteri Beliau

“ALHAMDULILLAH, demam panas bukan Covid-19,” luah isteri kepada pelakon popular Datuk Aaron Aziz iaitu Datin Diyana Halik mengenai keadaan kesihatan suaminya itu.

Diyana menerusi Instagram memaklumkan suaminya tidak dijangkiti wabak terbabit sebaliknya mengalami demam panas.

“Big bos’ rebah akibat demam. Semalam mengadu sakit gigi, hari ini (semalam) demam dah. Panas badan agak tinggi, tak nak mandi, jadi kita ‘sponge’ sahajalah.

“Semoga Allah berikan kesembuhan segera kepada suami tersayang,” tulisnya.

Menurut Diyana, melihatkan keadaan Aaron yang tidak mengizinkan itu membuatkan dia mengimbau pengorbanan suaminya yang pernah menjaganya dengan penuh kasih sayang.

“Ibu-ibu kalau sakit, seluruh kerja rumah terhenti. Bapa-bapa kalau sakit, ibu-ibu berhenti buat kerja rumah. Betul tak? Apapun, siapa saja sakit, ibu-ibu tetap akan pastikan demam surut baru kita rehat.

“Teringat dua tahun lalu sewaktu saya sakit, suami tercinta saya jaga sampai sanggup tolak tawaran besar yang datang,” tulisnya lagi.

Artikel Berkaitan   Terkejut Menerima “Barang” Daripada Customer, Lelaki Gigih “Google” Benda Ni, Akhirnya Dia Baru Tahu Undang Reaksi Netizen