Datuk Bandar Terlupa Tutup Microfon Masa “Melabur”. Bunyi “Pelik” Bikin Gamat, Ahli Majlis Tak Dapat Menahan Gelak

Salah satu perkara yang paling ditakuti apabila menggunakan mikrofon klip di hadapan tetamu yang ramai adalah terlupa untuk mematikan mikrofon ketika kita tidak menggunakannya.

Mimpi buruk itu menjadi kenyataan buat seorang datuk bandar Amerika Syarikat apabila dia terlupa mematikan mikrofon yang digunakannya ketika mesyuarat semasa pergi ke tandas.

Dalam video yang tular, datuk bandar Dale Ross dilihat meminta diri untuk ke tandas sementara mesyuarat diteruskan tanpanya.

Ketika ahli majlis Rachael Jonrowe sedang memberikan laporan tentang penyakit berjangkit, tiba-tiba bunyi kentut kedengaran dari pembesar suara.

Semua ahli-ahli majlis perbandaran terganggu dengan bunyi kentut tersebut yang dipercayai datang dari mikrofon Dale Ross.

Pada mulanya Jonrowe tetap meneruskan laporannya tanpa menghiraukan bunyi lucu itu, namun bunyi kentut itu semakin lama semakin kuat membuatkan dia tidak dapat menahan ketawa.

Seluruh dewan mesyuarat turut geli hati dengan bunyi yang muncul dari mikrofon datuk bandar itu sehingga ahli majlis tidak dapat fokus dalam memberikan laporan. Bunyi itu berterusan sehinggalah Ross kembali ke dalam dewan yang riuh rendah dengan ketawa.

Video yang tular pada tahun 2015 itu sekali lagi tersebar di media sosial baru-baru ini sehingga membuat ramai pecah perut.

Malah Presiden AS, Donald Trump turut tidak dapat menahan diri dari mengulang kicau posting tersebut setelah 5 tahun.

Sumber: Twitter

Artikel Berkaitan   Cek Google Maps, Ramai Gelabah Tetiba Muncul Kelibat Pocong