Datuk Nassier Wahab Bebas Jangkitan Kanser. Ia Bermula Masa Cabut Gigi

Penyanyi popular, Datuk Nassier Wahab meluahkan rasa syukur apabila dirinya kini bebas daripada kanser gusi selepas melakukan pembedahan di sebuah pusat perubatan pada 1 Jun lalu.

Nassier, 57, berkata penyakit itu mula dikesan selepas dia mencabut gigi empat tahun lalu namun tidak menyangka ia berubah menjadi sel kanser.

“Ia bermula sebagai jangkitan kuman namun menjadi semakin teruk sejak setahun lepas.

“Saya rahsiakan dulu daripada pengetahuan peminat dan media sehingga saya sudah berjaya membuang sel kanser tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Onlinesemalam.

Tambah pelantun Memori Cinta Luka ini lagi, dia kini berazam untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan lebih peka dengan penjagaan kesihatan.

“Kanser ini boleh datang semula jika saya tidak menjaga kesihatan atau badan mengalami tekanan jadi saya mahu ikut saranan doktor dalam menjalani hidup sihat.

“Insya-Allah, saya juga sudah semakin pulih dan akan boleh mula bekerja seperti biasa tidak lama lagi,”ujarnya. – K! ONLINE

Artikel Berkaitan   Hati-Hati! Bila Sering Rasa Gatal Di Kaki Tanpa Sebab, Ia Mungkin Petanda Anda Menghidap Diabetes