Pudina antara tanaman yang mudah untuk tanam. Sesiapa pun boleh mula menanam pudina hari ini!
Di sini saya terangkan cara mudah untuk menanam pudina di dalam bekas. Ya bekas. Kita tidak perlu bersusah payah menanam pudina di atas tanah atau batas. Hanya dengan bekas.
Benih
Di Malaysia sukar untuk kita mendapat benih pudina berkualiti. Apa yang saya buat adalah dengan membeli sahaja beberapa keratan pudina di pasaraya. Saya buang semua daun pudina. Saya kerat sekitar 10cm batang pudina. Saya cucuk 1/4 keratan tersebut ke dalam pasu . Dalam masa seminggu hingga dua minggu akan kelihatan pucuk pudina baru keluar.
Saiz bekas
Saiz yang ideal adalah antara bekas 2 liter hingga 5 liter. Ya. Memang kiraan isipadu guna liter. Kalau saya terangkan meter persegi lagilah tak faham.
Matahari
Pudina boleh membesar dengan baik dengan hanya menerima 3-5 jam sehari cahaya matahari. Ini bermakna pudina sesuai diletakkan di tepi tingkap atau balkoni yakni di kawasan redup.
Baja
Pudina adalah tanaman jenis suka jika dibaja berkala. Bubuh baja organik setiap minggu atau dua minggu sekali. Beberapa butir tinja ayam yang diproses sudah memadai setiap minggu. Bubuh di dalam tepi bibir pasu. Jangan pula pada batang pudina! Baja bersifat panas. Jika terlalu dekat akan melecur batang pudina itu nanti.
Siram
Pudina suka air yang banyak tetapi tidak tempat genang (bertakung). Menjadi sebab juga menanam pudina di bekas yang besar (5 L) agar tanah bekas tak cepat kering. Siram dua kali sehari. Awal pagi dan lewat petang. Malam? Terpulang.
Penyelenggaraan
Pudina menjadi kurang produktif apabila terlalu padat di dalam pasu. Akarnya boleh memenuhi pasu dan membuatkan ia semakin kurang subur. Kita boleh lihat dengan banyak gugur daun pudina. Banyak tinggal batang sahaja. Daun juga mula menguning banyak. Untuk mengatasi masalah ini, pecahkan pudina kepada dua atau empat bahagian. Setiap bahagian masukkan ke dalam pasu baharu. Masukkan juga kompos sebagai baja.
Cubit
Untuk tidak bagi pokok pudina tumbuh menegak sahaja, kita cubit pucuknya apabila sudah mula ada lima hinggga tujuh helai daun. Ini akan menggalakkan pudina menjadi lebih rimbun dan banyak daun.
Cantas
Pokok pudina paling cepat membesar. Jangan biarkan rimbunan pudina padat. Rajinkan diri anda membuang mana-mana daun yang rosak dan kekuningan. Apabila kita lihat pokok pudina mula menjalar, cantas sehingga menjadi pendek sekitar 10-15 cm. Selepas mencatas, pastikan kita membaja pudina kita. Pencantasan penting agar pokok pudina kita kekal sihat dan subur. Cantas walaupun kita kurang menggunakannya dalam masakan.
Pudina yang mana?
Terdapat pelbagai varieti pudina, bermula dari rasa sehinggalah kegunaannya. Cuba satu berdasarkan minat anda. Anda boleh buat teh, letak di dalam makanan ataupun sebagai ulaman di meja makan anda.
Sekarang giliran anda pula untuk bercerita. Jangan lupa tinggalkan komen tentang pudina anda!
Sumber: KartelDakwah
Daun pudina atau mint merupakan salah satu daun yang dikonsumsi di berbagai makanan. Pudina banyak digunakan sebagai ulam dalam laksa, pewangi untuk nasi briyani, juga sebagai ulam dengan sambal. Daun pudina juga boleh dimasukkan sekali dalam air sirap kerana aromanya yang cukup harum. Rasanya yang unik dan aneh memiliki banyak manfaat dan juga keuntungannya. Daun mint umumnya diolah sebagai tambahan pasta, atau bahkan ekstraknya ditambah pada minuman sehingga rasanya segar. Tak jarang dicampurkan pada smoothies. Lalu apa saja manfaat yang bisa didapatkan ?
Pudina dikatakan berkhasiat untuk penawar lelah dan batuk. (Caranya, bersihkan 14 helai daun pudina dan ramas sedikit. Masukkan dalam cawan kaca tahan panas dan bubuh air 3/4 penuh. Masukkan dalam cawan kaca tahan panas dan bubuh air 3/4 penuh. Masukkan gula batu. Masukkan cawan tersebut ke dalam periuk nasi letrik (nasi sedang mendidih dan bila cawan dimasukkan ia tidak tenggelam. Bila nasi sudah masak (air dah kering) keluarkan cawan dan biarkan sejuk. Keluarkan daun pudina dan minumlah air tersebut 3 hari berturut turut.
Perubatan cina menyebut pudina sebagai mempunyai ciri menyejukkan badan dan biasa digunakan untuk mengubat penyakit berkaitan paru-paru seperti demam selsema serta permulaan selsema, juga sesuai untuk membuang angin (juga gastrik. Caranya buatkan teh ‘O’ macam biasa, masukkan beberapa helai daun pudina, tutup cawan, selepas sekitar 5 minit, minum.) serta penyakit ruam kulit (juga jerawat. Caranya: buat jus pekat daun pudina, jadikan masker, untuk menjadikan kulit muka halus dan boleh atasi masalah gatal-gatal dan jerawat), juga untuk menghilangkan rasa mual dan sakit kepala (sapukan minyak yang dicampur daun pudina atau guna daun pudina segar dan hidu baunya), membantu mengubat kanser (enzim pada daun ini dikatakan dapat membantu melawan sel kanser dari terus merebak). Wallhualam!
- Sebagai perangsang dan membantu proses penghadaman.
- Bertindak sebagai antiseptik, antiparasit dan antivirus.
- Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.
- Daun pudina digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan.
- Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan tumpuan.
- Ekstrak daun pudina digunakan dalam pembuatan ubat gigi mampu menyegarkan nafas anda.
- Jus daun ini segar dan boleh ditambah dalam minuman lain dan dijadikan perisa ais krim.
- Daun yang segar ini juga enak dimakan mentah sebagai ulam-ulaman atau bersama sambal belacan dan nasi putih. Pasti membangkitkan selera anda.
- Teh pudina menenangkan otot perut, melegakan kekejangan dan kesakitan perut (cramps and colic), menambah baik penghadaman lemak dan memudahkan perjalanan makanan dalam saluran sistem usus.
- Teh herba baik untuk kesihatan sindrom gangguan perut. Pudina adalah penyelesaian terbaik untuk masalah kekembungan dan angin perut.
- Penyelidikan menunjukkan pudina memiliki kemampuan sifat anti-cancer dan dapat menghalang pembentukan fungsi tumor.
- Faedah kesihatan pudina termasuk keunggulan kesannya keatas anti-inflammatory dan anti-viral, kerana ini dikatakan pudina bolih digunakan bagi membasmi bakteria.
- Ramuan herba ini dikira sebagai amat membantu kepada mereka yang menderita pelbagai penyakit penafasan seperti selsama, hidung berair, paru paru dan sebagainya.
- Pudina menjadi ramuan utam kepada ubat gosok dada dan minyak urut untuk melegakan symptoms penyakit penafasan.
- Pudina melegakan kekejangan dibahagian peranakan, dengan ini ia dapat membantu kitaran haid.
- Menjadi sumber galakan, teh pudina dapat membantu menghakis dan mengeluarkan kahak, dengan ini melegakan batuk berkahak dan kesakitan pada dada.
- Teh pudina bolih digunakan luaran, merawat gatal gatal kulit, luka, jangkitan, gatal gatal, athlete’s foot, dan banyak lagi masalah kulit.
- Teh pudin adalah diantara rawatan yang amat berkesan merawat bau nafas (halitosis).