Degilnya…Perokok Yang Langgar Notis Larangan Bakal Didenda RM3,000 Atau Penjara Enam Bulan

IPOH: Tinjauan NSTP di sini mendapati masih ramai perokok tidak menghiraukan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan yang bermula tengah malam tadi,.

Tinjauan NSTP di restoran 24 jam di sekitar bandar raya ini termasuk Fairpark mendapati ramai perokok tanpa rasa bersalah terus menghisap rokok di meja makan.

Lebih mengecewakan ada antara mereka yang merokok di depan notis larangan merokok yang dipamerkan pemilik premis

Mereka memilih meja di sudut paling tepi kedai untuk memudahkan mereka menghisap rokok biarpun ia masih memberi kesan kepada pelanggan yang duduk di meja berhampiran.

Larangan merokok di premis makanan berkuat kuasa mulai tengah malam tadi.

Peraturan larangan merokok itu diwarta mengikut Peraturan 11, Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dengan mereka yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Bagi pengusaha kedai makan dan restoran yang gagal mematuhi peraturan itu boleh didenda melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan – Via Berita Harian

Artikel Berkaitan   'Cukup-cukuplah layan orang politik tu macam raja' - Amerul Affendi