Demi Menampung Kekurangan Daging, Rakyat Korea Utara Dipaksa Menyerahkan Anjing Mereka Untuk Dijadikan Hidangan

PYONGYANG: Rakyat Korea Utara dilaporkan dipaksa menyerahkan anjing peliharaan mereka untuk dijadikan hidangan makanan di restoran.

Sky News melaporkan Presiden Kim Jong Un mengambil langkah itu bagi membantu meredakan ketegangan ekonomi negara berkenaan, termasuk kekurangan daging sebagai makanan.

Anjing kebiasaannya dipelihara golongan elit dan kaya yang tinggal di Pyongyang dan dilihat sebagai sebagai simbol kemerosotan kapitalis, manakala rakyat biasa dan orang miskin memelihara khinzir dan haiwan ternakan lain.

Kim mengeluarkan larangan pemilikan haiwan peliharaan pada bulan Julai, mengecamnya sebagai ‘trend yang dicemari oleh ideologi bourgeois’, menurut akhbar Korea Selatan, Chosun Ilbo.

“Pihak berkuasa telah mengenal pasti kediaman yang mempunyai anjing peliharaan dan memaksa mereka untuk menyerah atau menyita mereka secara paksa,” kata sumber kepada akhbar berkenaan.

Sebahagian anjing yang ditangkap dihantar ke zoo yang dikendalikan kerajaan atau dijual ke restoran daging anjing, sumber itu menambah.

Daging anjing merupakan sajian popular di China dan di Semenanjung Korea, namun permintaan terhadapnya semakin menurun di Korea Selatan.

kredit astro awani

Artikel Berkaitan   Penduduk Kawasan Ini Terkejut Melihat “Pemandangan” Aktiviti Orang Dalam Tandas Di Sebuah Hotel. Perkara Ini Mencetuskan Penentangan