Demi selamatkan nyawa ibu, remaja ini rela ditikam bapa tiri panas baran

Keganasan dalam rumah tangga sering berlaku, dan yang selalu kita dengar menjadi mangsa adalah isteri dan anak-anak yang terpaksa menanggung derita dek kerana sikap bapa yang pemarah.

Seperti kejadian yang berlaku di apartment Ayer Hitam, Pulau Pinang, seorang remaja nyaris maut selepas cuba menyelamatkan ibunya daripada ditikam bapa tiri.

Ketika kejadian, remaja dan ibunya baru sahaja sampai di rumah sebelum bapa tirinya dengan tidak semena-mena mengamuk dan mahu menikam ibunya menggunakan dua bilah pisau.

Beranikan diri selamatkan nyawa ibu…
Melihatkan ibunya dalam keadaan bahaya, remaja tersebut bertindak menghalang bapa tirinya sehingga dia juga turut mengalami kecederaan di tengkuk akibat terkena tikaman.

Selepas melihatkan keadaan semakin tegang, remaja itu dengan pantas merakam kejadian yang berlaku sebelum berlari meminta bantuan daripada saudaranya.


Ibu selalu kena dera, memang niat nak bunuh sebab curang
Menurut laporan polis yang dibuat oleh remaja tersebut, ibu remaja tersebut sebenarnya memang sudah selalu menjadi mangsa dera bapa tiri yang panas itu.

Difahamkan lelaki tersebut memang berniat mahu membunuh isterinya, kerana mengesyaki wanita itu berlaku curang di belakangnya.


Nasib baik nyawa panjang…
Ibunya yang juga turut cedera ditikam, manakala remaja tersebut terpaksa mendapatkan 20 jahitan di leher dan beberapa lagi jahitan di jari. Namun, dua beranak tersebut berjaya diselamatkan selepas mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Ya Allah kejamnya, kalau dah naik hantu memang tak boleh nak kawal lagi perasaan, sanggup nak membunuh hanya disebabkan perasaan cemburu.

(Visited 1,112 times, 1 visits today)