“Dia Ada Bagitahu Bapanya Yang Di Ada Penyakit” Lelaki Ini Maut Bakar Diri Sendiri

BUKIT MERTAJAM – Seorang lelaki ditemukan mati dengan kesan terbakar di hadapan sebuah rumah di Taman Impian Ria di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, dalam kejadian jam 12.50 malam itu, lelaki berusia 44 tahun berkenaan dikatakan membakar dirinya dengan menggunakan minyak petrol sebelum perkara itu disedari oleh jiran.

Menurutnya, jiran berkenaan kemudiannya memberitahu bapa mangsa mengenai kejadian itu.

“Siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat melecur keseluruhan badan.

“Temubual bersama bapa mangsa juga mendapati mangsa tidak mempunyai musuh dan hutang,” katanya ketika dihubungi di sini.

Nik Ros Azhan berkata, mangsa sebelum ini pernah memberitahu bapanya yang dia sedang menghidapi penyakit namun tidak pasti jenis penyakit itu.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel Berkaitan   Gadis Ini Dihalang Menyertai Pertandingan Lumba Lari Gara-Gara Berhijab, Penganjur Beri Alasan Tidak Munasabah