“Dia boleh petik ayat Quran dengan ACCURATE!” – Mufti Menk Puji Abah KJ Menteri Yang Bagus Tapi…

Macam yang korang semua tahu, hasil dari pergolakan politik yang berlaku bulan lepas telah meletakkan TS Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8 dan barisan-barisan kabinet baru termasuklah YB Khairy Jamaluddin yang dapat menyandang semula jawatan sebagai menteri.

So, admin nak throwback sikit untuk orang-orang yang tak tahu, masa KJ atau lebih mesra dengan panggilan Abah ni jadi Menteri Belia dan Sukan dulu, dia pernah dipuji oleh Mufti Menk ketika dorang sama-sama jadi panel untuk satu program bertajuk ‘Leader of The Future’.

Dah tentunya nama Mufti Menk ni tak asing bagi korang, tapi untuk yang baru pertama kali dengar, Mufti Menk atau nama sebenarnya Ismail bin Musa Menk ini adalah merupakan sarjana Islam dan Ketua Bahagian Fatwa di Zimbabwe.

Tahun 2016 dulu, Mufti Menk pernah datang ke Malaysia untuk jadi panel program yang dianjurkan di Akademi Kempimpinan Kapten Hussein di Kelana Jaya bersama Khairy Jamaluddin.

So, masa KJ tengah membincangkan topik progam ini, dia telah mengeluarkan beberapa petikan Al-Quran untuk dijadikan contoh dan macam yang korang boleh tengok dalam video ni, KJ sebut ayat-ayat Quran ni dengan selamba dan lancar siap maksud sekali. Memang impressive!

Bukan je KJ berjaya impress orang-orang yang dengar ceramah ni, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ini juga berjaya impress Mufti Menk sebab dia boleh petik ayat Quran dengan accurate dan takde salah.

“Saya terharu bila menteri ni petik ayat Quran, benda ni bukan senang sebab bila kita tengok menteri, kita tengok orang-orang ni dah berjaya di dunia tapi kadang-kadang dorang tak kisah dengan hari pengadilan. Tapi sekarang benda ni dah berubah.”

Artikel Berkaitan   Haqiem Rusli Tak Suka Perempuan Over, Suka Bertudung Bawal

Disebabkan dia boleh petik ayat Quran dengan accurate, ia adalah sesuatu yang memberikan motivasi kepada orang seperti saya.”

TAPI! Disamping pujian yang Mufti Menk berikan kepada KJ, dia juga sempat menegur bacaan KJ dalam nada gurauan.

Cuma satu je lah, saya akan latih dia macam mana nak lagukan petikan ayat Quran ini. InshaAllah.”

Gurauan Mufti Menk ini disambut dengan gelak ketawa dari penonton dan KJ sendiri. Hahaha kelakar eh?

Mufti Menk sambung gurauannya dengan berkata, lain kali bila kita dengar KJ recite ayat Quran, dia boleh buat siap dengan melodi sekali time tu semua akan berterima kasih kepada Mufti Menk. Lol!

Sumber : LobakMerah