
Sejak daripada kes penceraian, karier seni penyanyi Aliff Aziz semakin suram, sebaliknya masyarakat lebih tertumpu dengan gosip-gosip yang melibatkankan dirinya.
Namun, baru-baru ini penyanyi tersebut menerima lawatan istimewa Ustaz Ebit Lew, pendakwah tersebut telah datang ke rumah Aliff dan mereka berdua banyak berborak mengenai agama.
Dia menangis teresak-esak pada saya…
Setiap manusia tidak lari daripada melakuakn kesalahan, video perjumpaan ustaz Ebit bersama Aliff yang dimuat naik di IG milik pendakwah itu, memaparkan reaksi Aliff yang tidak dapat menahan sebak mengenangkan apa yang telah berlaku.
“Saya minta maaf…” – Aliff Aziz
Menurut ustaz Ebit, penyanyi tersebut menangis selepas ditanyakan soalan, jika hari ini hari terakhir apa yang ingin disampaikan pada anaknya, lantas Aliff dengan nada sedih memohon memohon maaf di atas ketelanjurannya sebelum ini.
“Saya tanya jika hari ini hari terakhir. Tiada esok. Tiada lusa. Apa nak cakap pada yang disayangi dan anak yang sangat cute. Beliau terus menangis teresak-esak…”
Semua orang ada kisah hitam, semoga Aliff berubah
Dalam pada ramai mengecam Aliff berkaitan isu curangnya dulu, namun masih ramai juga yang sudi mendoakan agar penyanyi tersebut mampu berubah menjadi insan yang lebih baik.