Facebook selain jadi medium untuk dekatkan hubungan dengan famili dan rakan ia juga tak tempat kita menyimpan segala gambar kenangan.
Namun bila seseorang sudah meninggal dunia sudah tentu kita juga mahu menutup akaun ini supaya perkongsian, maklumat atau gambar yang ada tidak disalah gunakan.
Agar ini tidak berlaku, Nur Aliah Mohd Nor berkongsi cara untuk memadam akaun Facebook bila pemilik sudah meninggal dunia.
Ini bermakna jika kita meninggal, akaun Facebook boleh dipadamkan bila mendapati notifikasi tentang kematian.
Cara Untuk Delete Akaun Facebook Kita Jika Kita Meninggal Dunia
Pasti ramai lagi yang tak tahu dekat Facebook kita ada 1 fungsi button ni yang dinamakan sebagai ‘Legacy Contact’.
Legacy contact ni bahasa mudahnya kita lantik seorang waris kita untuk handle akaun facebook kita dan orang itu boleh tolong delete akaun facebook tersebut.
Sebenarnya banyak lagi kelebihan dalam Legacy Contact ni. Nanti korang boleh baca di bahagian komen ye. Sekarang Lia cuma nak kongsikan dulu step untuk sampai ke bahagian Legacy Contact ini.
Cuma pesan Lia kalau boleh password facebook kita biar keluarga kita tahu juga ya. Kalau berlaku apa-apa yang tak diingini mereka boleh LogIn facebook kita.
Boleh tengok step dekat gambar di bawah ini ye.
Mula di sini
Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3
Waris perlu klik pada button remove your legacy contact jika ingin memadam akaun serta merta selepas pemiliknya meninggal dunia.
Rasanya mulai sekarang dah boleh buat awal-awal dah ni. Kita kena lantik orang, dan orang pun kena lantik kita. Ajar maut bukan kat tangan kita kan? Buat sebagai langkah persediaan awal.
Sumber: Nur Aliah Mohd Nor via https://www.vanillakismis.my/