“Dia Ni Lebih Baik Dari Sorang Tu” Model Edika Yusof Setia Menjaga Isterinya, Nor Hidayah Yusri Yang Lumpuh Sejak 14 Tahun Lalu.

Beberapa hari ini, kecoh mengenai seorang pendakwah bergelar Da’i yang mengambil keputusan untuk berkahwin dengan janda anak lapan walaupun isteri pertamanya sedang sarat hamil.

Perkara tersebut secara tidak langsung mewujudkan perbandingan antara pendakwah itu dengan bekas model dan pelakon Edika Yusof yang setia menjaga isterinya, Nor Hidayah Yusri yang lumpuh sejak 14 tahun lalu.

Seorang pengguna Facebook, Arda berkongsi sebuah posting mengenai pengorbanan lelaki berusia 52 tahun itu yang meletakkan kesetiaan sebagai perkara utama dalam kehidupan rumah tangga tanpa mencari ‘orang baru’.

Menurut Arda, hatinya cukup terkesan apabila mengenangkan kesanggupan Edika untuk menjalani kehidupan baik susah dan senang bersama isteri tersayang.

Posting tersebut dikongsi lebih 14,000 kali dan mendapat 17,000 tanda suka dalam kalangan netizen yang rata-rata turut mengagumi akan kecekalan serta kesabaran pelakon tersebut.

Sumber: http://cempedakcheese.com