Diana Danielle Persoal Kelayakan King Coco Dilantik Ketua Srikandi

Sekian lama menghilangkan diri, Instagamous King Coco mengejutkan ramai apabila menyertai dunia politik dan menang jawatan Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Bagan Serai di Perak.

Perkara itu ternyata mengejutkan netizen, malah ramai yang membantah keputusan tersebut kerana berpendapat King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail tidak mempunyai kelayakan untuk menjadi ketua.

Pelakon Datin Diana Danielle turut meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati dengan perlantikan tersbeut yang disifatkan tidak berkualiti. Malah, Diana mempersoalkan apakah kelayakan Instafamous itu untuk bergelar wakil rakyat.

Diana turut mempersoal kredibiliti seorang influencer sehingga melayakkannya menjadi wakil rakyat. Diana turut mempersoalkan adakah influencer sepertinya menyedari betapa besarnya tanggungjawabnya kepada rakyat.

Meskipun status yang dimuat naik oleh Diana itu tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun ramai netizen mengetahui invidiu yang dimaksudkan adalah King Coco.

“Saya asal Bukit Merah, saya kecewa dengan perlantikan yang tidak berkualiti macam ni. Dia tak layak. Jangan hancurkan harapan rakyat dengan pemilihan tidak matang macam ni. Harap maklum Bagan Serai,” tulisnya.

Semalam, hangat diperkatakan apabila tular satu poster kempen memaparkan wajah King Coco sebagai calon Ketua Srikandi Bahagian Bagan Seri sekaligus mengejutkan netizen.

Lebih mengejutkan ramai yang menyangka King Coco baru sahaja bertanding tetapi sebenarnya ibu kepada seorang cahaya mata itu sudah memenangi jawatan berkenaan apabila memperoleh 62 undi sekaligus menewaskan dua calon lain.

Artikel Berkaitan   “Tak cukup kat Malaysia, sampai ke Indo pun engko nakal ye?” – Kereta Ala Myvi Jalan Laju Masa Polis Tersadai