Berumur 5 Tahun, Jare Ijalana Digelar Kanak-kanak Paling Cantik Di Dunia
Bagaikan terpaku saat melihat foto kanak-kanak ini. Memiliki sepasang mata bundar memukau, raut wajah yang sempurna, hidung terletak, kulit gelap menawan dan rambut afro, yang diekspresikan dalam gaya posing bersahaja, kecantikan Jare Ijalana cukup terserlah meskipun di usia 5 tahun.
Justeru bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila Jare digelar sebagai ‘bidadari’, ‘benar-benar menakjubkan’ dan ‘seperti anak patung’ oleh pengikutnya di Instagram.
Jurugambar perkahwinan Mofe Bamuyiwa yang berpangkalan di Lagos, Nigeria, adalah individu yang bertanggungjwab memuat n4ik gambar Jare yang menjadi subjek projek terbaharunya.
Foto yang beredar minggu lalu itu, mendapat puluhan ribu tanda suka dan ratusan komen yang mengagumi kecantikan asli Jare.
Bagaikan terpaku saat melihat foto kanak-kanak ini. Memiliki sepasang m4ta bundar memukau, raut wajah yang sempurna, hidung terletak, kulit gelap menawan dan rambut afro, yang diekspresikan dalam gaya posing bersahaja, kecantikan Jare Ijalana cukup terserlah meskipun di usia 5 tahun.
Justeru bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila Jare digelar sebagai ‘malaikat’, ‘benar-benar menakjubkan’ dan ‘seperti anak patung’ oleh pengikutnya di Instagram.
Jurugambar perkahwinan Mofe Bamuyiwa yang berpangkalan di Lagos, Nigeria, adalah individu yang bertanggungjwab memuat naik gambar Jare yang menjadi subjek projek terbaharunya.
Foto yang beredar minggu lalu itu, mendapat puluhan ribu tanda suka dan ratusan komen yang mengagumi kecantikan asli Jare.
Malah, gambar itu turut dikaitkan dengan gambar model Perancis, Thylane Blondeau, ketika usianya enam tahun.
Menurut Bamuyiwa, Jare bukanlah model cilik profesional. Jare dan dua lagi kakaknya, Jomi, 7, dan Jobs, 10, sering posedi depan kamera.
Tiga beradik itu mempunyai akaun Instagram dengan nama The J3 Sisters. Mereka mempunyai hampir 91,300 pengikut meskipun hanya beberapa sahaja gambar dimuat naik di media sosial itu.
“Saya mahu sesiapa sahaja melihat potensi Jare. Saya mahu gambar itu bercakap dengannya ketika dia mencapai usia remajanya,” kata Bamuyiwa.
Sumber: Hijab&Heels, Daily Mail