Dihina Netizen ‘Orang Tua Sakai Guna Insta’. Inilah Respon Aishah Dengan Jawapan Yang Sangat Tenang Dan Matang

Keterujaan penyanyi ternama, Aishah berkongsi momen di acara Anugerah Bintang Popular 32 (ABP32) tidak disenangi seorang pengguna Instagram apabila diherdik sebagai ‘orang tua sakai guna Insta’.

Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin, 54, bagaimanapun membalas ‘serangan’ netizen berkenaan melalui satu perkongsian status di Instagram.

“Orang kongsi komen peminat dalam IG story pun dipanggil ‘orang tua sakai guna Instagram’. Tiada kerja lain ke?.

“Kalau berani, berhadapan dengan saya dan cakap depan saya, boleh?. Itupun kalau anda beranilah tak kecut lempar batu sembunyi tangan di belakang gambar hodoh itu. Malangnya hati anda yang lebih hodoh,” kata pelantun lagu Janji Manismu itu.

Tambah juara Gegar Vaganza musim 4 itu, dia berhak untuk berkongsi apa sahaja melalui akaun Instagram miliknya.

“Instagram saya, suka hati sayalah ingin kongsi semua ‘mentions’ sebagai apresiasi kepada pengikut saya. Bukti saya baca setiap komen mereka,” tegas Aishah.

Terdahulu, Aishah melakukan persembahan bertenaga pada malam kemuncak ABP32 mendendangkan lagu popularnya, Kemaafan Dendam Yang Terindah dan Kau Pergi Tanpa Pesan.

Rata-rata peminat memuji kemampuan vokal penyanyi ini yang masih hebat mendendangkan lagu tersebut dengan original key (nota asal) seperti versi rakaman rakaman studio. – K! ONLINE