Disabitkan Kesalahan Merosakkan Harta Awam Dan Melarikan Diri Daripada Pemilik, Keldai Ini Dijatuhkan Hukuman Penjara

CHIAPAS – Seekor keldai dipenjarakan pihak polis Mexico selepas melarikan diri daripada pemiliknya dan melakukan kerosakan di merata tempat.

‘Banduan’ berkaki empat yang meloloskan diri daripada pemiliknya di bandar Comitan de Dominguez, negeri Chiapas itu ditangkap lalu disumbat ke dalam penjara setelah merosakkan harta benda penduduk tempatan.

Dilaporkan, pihak polis masih gagal mengesan pemiliknya yang dikehendaki membayar denda dan ganti rugi kerosakan.

Menurut media tempatan, ‘banduan’ nakal itu akan dikurung sehingga pemiliknya muncul untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Dalam pada itu, keldai terbabit menjadi seperti selebriti apabila sering menerima kunjungan kanak-kanak yang tinggal berhampiran. – Agensi

Artikel Berkaitan   Isteri Berang Suami Dapat “Job” Asyik Berlakon Menjadi Seekor Kumbang, Sampai Perangai Macam Kumbang