Disebabkan Arahan PKP, Pakar Jangka Bilangan Bayi Akan Bertambah Mendadak Tahun 2021 Disebabkan Suami Isteri Sentiasa Di Rumah

Menurut Ketua Unit Kesihatan Reproduktif, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr Hamizah Mohd Hassan berkata, Malaysia dijangka akan mengalami pertambahan bayi pada awal tahun hadapan, 2021.

Ini adalah berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memerlukan orang ramai tinggal di rumah.

Dr Hamizah mengambil contoh yang pernah terjadi pada tahun 1998 dimana berlaku insiden ribut salji buruk di Maine dan New Hampshire. Bandar itu terpaksa ditutup dan penduduk terperangkap dalam rumah dalam jangka masa lama.

Sembilan bulan kemudian berlaku ‘kelahiran luar biasa’ atau ‘baby boom’ di sana. Ini juga mungkin boleh terjadi di Malaysia kerana rakyat Malaysia kini duduk di rumah dalam satu tempoh masa yang agak lama.

Tambah Dr Hamizah lagi, pasangan berkahwin digalakkan mengamalkan perancangan keluarga bagi menangani kemungkinan kehamilan susulan PKP kali ini.

kredit era

Artikel Berkaitan   Dilahirkan Di Negara Hungary, Berniaga Di Pasar Malam, Cakap Melayu Loghat Perak, Lelaki Ini Menjadi Viral