Anda pernah kerja lebih masa dan datang awal ke tempat kerja walaupun tidak berbayar? Mesti anda tidak mahu bukan? Tapi satu kejadian pelik, di mana seorang pekerja tersangat rajin berkerja tapi tetap dibuang kerja.
Seorang pekerja pasar raya di Barcelona, Sepanyol dipecat selpas majikannya mendapati dia sering datang awal dan bekerja lebih masa walaupun tidak berbayar.
Lelaki tersebut dan juga pengurus cawangan pasaraya LiDl, yang dikenali sebagai “Jean P”, akan datang seawal jam 5 pagi (sejam setengah awal) dan menghabiskan masa selama 49 hingga 87 minit untuk memeriksa rak, membuat tempahan, dan menyemak harga sebelum waktu shifnya bermula.
Foto: Ihsan Rex
Menurut akhbar Spanyol, El Pais, oleh sebab tindakannya itu, Jean P didakwa atas kesalahan melanggar peraturan buruh yang sangat serius memandangkan pasaraya tersebut mengamalkan konsep bayar setiap minit yang dilakukan oleh pekerja dan setiap pekerja perlu mendaftar masuk waktu kerja dengan betul.
Menurut dakwaan lagi, Jean P dikatakan sering berada di dalam pasaraya tersebut seorang diri dimana ianya menyalahi undang-undang yang ditetapkan.
Bukan itu saja, terdapat juga aduan mengatakan bahawa dia mencadangkan pekerja lain untuk datang kerja awal sepertinya.
Jean P kini sedang menjalani perbicaraan kerana menganggap pemecatan tersebut adalah sesuatu yang tidak adil.
Sumber: says.com