Disebalik Pemergian Ashraf Sinclair, Rupanya Ini Kisah Lucu Permulaan Kisah Cinta Dia Dengan BCL Yang Membawa Kepada Perkahwinan

Hari ini dunia hiburan Malaysia dan Indonesia telah dikejutkan dengan berita pemergian seorang bintang ternama, Ashraf Sinclair.

Ashraf yang mencipta nama dalam bidang lakonan melalui filem Gol dan Gincu dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Menurut laporan, abang kepada penyampai radio, Aishah Sinclair itu menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 4.51 pagi ketika dalam tidur.

Disifatkan sebagai pemergian yang terlalu awal memandangkan Ashraf baru berusia 40 tahun, ramai ahli keluarga dan rakan-rakan serta peminat terkejut dengan berita tersebut. Malah pengurus isteri Allahyarham, Doddy berkata Ashraf tidak mempunyai apa-apa penyakit, dan antara ramai-ramai dia yang paling sihat.

Ashraf meninggalkan isteri yang telah dikahwini selama 11 tahun, penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari serta anak lelakinya berusia 10 tahun, Noah.

Keadaan BCL masih tidak dikongsikan kepada umum namun satu rakaman di Youtube menunjukkan wanita itu sedang menangis sambil ditenangkan ahli keluarga.

BCL bertemu dengan Ashraf pada 2007 ketika mempromosikan albumnya berjudul Aku Bisa Apa di Malaysia.

Dalam sesi temuramah, penemuramah yang ditugaskan untuk menemubual BCL tidak dapat hadir, dan digantikan dengan Ashraf.

Walau bagaimanapun, ketika menemu bual BCL, Ashraf tersalah sebut nama Bunga Citra Lestari menjadi Bunga ‘Cinta’ Lestari.

View this post on Instagram

You and I #bungacitralestari #ashrafsinclair #newyork

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair) on

Insiden lucu itu membuat kedua-dua pelakon itu jatuh hati dan mula menghubungi satu sama lain. Ashraf juga sempat meninggalkan nota untuk penyanyi cantik itu mengatakan dia mempunyai personaliti yang istimewa.

Selepas setahun menjalani hubungan jarak jauh, Ashraf dan BCL akhirnya berkahwin pada 8 November 2008.

Malah pada hari perkahwinan mereka, pereka busana pengantin BCL meminta kedua pasangan itu berjanji untuk setia hingga ke hujung nyawa.

Ternyata pasangan yang jarang sekali menimbulkan kontroversi buruk dan sentiasa dicemburui kerana kebahagiaan dan kemesraan mereka berjaya memegang janji tersebut.

Takziah untuk Bunga Citra Lestari sekeluarga dan al-Fatihah buat Allahyarham Ashraf Sinclair.

Sumber: MetroTribun Jateng

Artikel Berkaitan   Anjing Dan Kucing Mati Bergelimpangan Menyayat Hati, Manusia Mana Sanggup Lakukan Perkara Ini