Doktor Pakar Hampir Putus Asa Tentang Pesakit Misteri Ini. Setiap Kali Air Matanya Keluar Ia Akan Bertukar Jadi Kristal

SYUNIK, Armenia – Doktor-doktor kini sedang menyiasat kes pelik seorang wanita menitiskan ‘air mata kristal’ ketika menangis, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Wanita tersebut, Satenik Kazaryan, 22, dari kampung Spandaryan di Armenia menitiskan sehingga 50 air mata bergerigi setiap hari dan memberitahu, keadaan itu begitu menyeksakan serta membuatkan hidupnya seperti ‘neraka.’

“Saya berada di klinik gigi dan berasa seperti debu memasuki mata.

“Ia menyakitkan. Saya pergi berjumpa pakar oftalmologi dan beberapa kristal diambil keluar daripada mata saya.

“Hari-hari hidup saya kini bertukar seperti neraka,” katanya.

KAZARYAN menunjukkan air mata kristal pada kelopak matanya.

Pada mulanya, ubat-ubatan seakan-akan membantu tetapi kini tangisan kristal keluar lebih kerap seperti mana yang ditunjukkan di saluran Mir24.tv.

“Semua doktor berasa terkejut.

“Mereka belum pernah menemui penyakit seperti itu dan tidak tahu bagaimana untuk merawatnya. Doktor-doktor juga tidak pernah mendiagnosis (penyakit) itu,” katanya.

Pakar-pakar telah menghantar kristal tersebut untuk dianalisis tetapi sehingga kini jenis penyakit itu belum dikenal pasti.

Satu daripada cadangan yang diterima adalah menghantar wanita itu ke luar negara untuk didiagnosis dan mendapatkan rawatan tetapi laporan mengatakan keluarga Kazaryan adalah miskin serta bekerja sebagai petani. – Agensi

SEJUMLAH air mata ketulan kristal milik Kazaryan dikumpulkan dalam sebuah bekas plastik.

Artikel Berkaitan   Berang Suami Ketagih Main Judi Dan Game Online, Ibu Tikam Anak Sendiri Yang Masih 3 Bulan