Dr Zulkifli Mahu Transgender Ditangkap & Ditarbiah

Umum mengetahui sejak kebelakangan ini golongan transgender dilihat semakin berani mendedahkan diri mereka kepada umum. Malah, ada yang mempamerkan tindakan melampau dan keterlaluan dimana bimbang akan menjadi ikutan.

Terbaru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, menerusi status di Facebook mengeluarkan kenyataan mengenai inisiatif mendidik golongan transgender.

Dr Zulkifli berkata golongan transgender yang ditangkap perlu diberi pendidikan atau tarbiah untuk memberi kesederan supaya mereka kembali ke pangkal jalan.

“?Kita tidak hanya mahu tangkap semata-mata tetapi yang paling utama adalah tarbiah (pendidikan) dengan cara yang paling berhikmah supaya mereka semua (transgender) kembali ke pangkal jalan.


“Islam adalah agama yang mendidik. Ini perlukan usaha yang bersepadu dari semua agensi di bawah JPM (Hal Ehwal Agama),” katanya.

Pihaknya turut memberi lesen penuh kepada semua penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk laksanakan fungsi Bahagian Penguatkuasaan dengan sebaiknya dengan syarat patuhi SOP yang telah ditetapkan. ?

“Saya beri lesen penuh kepada semua penguatkuasa JAWI untuk laksanakan fungsi Bahagian Penguatkuasaan JAWI dengan sebaiknya di Wilayah Persekutuan,” tulisnya.

Artikel Berkaitan   “Aku Jenis Tak Boleh If Dia Suka Something,” Mikhail Isaaq Hadiahkan Audi R8 Buat Isteri