Dua Tahun Menduda, Rashidi Ishak Cari Pengganti Di Tinder?

Sudah dua tahun bergelar duda sejak bercerai pada 2018, pasti ramai tertanya-tanya bilakah Rashidi Ishak mahu mencari pengganti. Bagaimanapun, Rashidi berkata dia belum lagi berhasrat untuk berbuat demikian buat masa sekarang.

Bagaimanapun, pelakon berusia 47 tahun ini berkata dia terbuka untuk berkenalan dengan mana-mana wanita di luar sana. Malah, Rashidi juga mengakui ada keluar ‘date’ untuk berkenalan.

“Saya tak ada mencari pasangan hidup. Saya ini mempunyai kelompok kawan-kawan yang tak ramai. Jadi, saya rasa ada bagus untuk saya untuk tambah lebih ramai kenalan.

“Ada keluar ‘date’, kenal-kenal tu ada. Bagus sebenarnya apabila kita dapat berborak dengan stranger (orang luar), tapi ia bukanlah hubungan romantik,” katanya kepada HLive!

Sebelum ini, Rashidi seolah memberi gambaran sedang mencari pasangan hidup apabila dikatakan memuat turun aplikasi mencari pasangan, Tinder.

Sebelum ini, Rashidi mendirikan rumah tangga dengan pelakon Vanidah Imran, pada 1 Oktober 2000 namun rumah tangga mereka hanya mampu bertahan 17 tahun sahaja selepas disahkan bercerai pada Ogos 2018.

Hasil perkahwinan pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata, Mikhail Imran dan Mariyam Rashika.

Artikel Berkaitan   Safawi Rasid Bengang Digelar ‘Kaki Perempuan’