Duduk sampai terselak kain, netizen dakwa Neelofa belum sedia berhijab?

Selepas menghadiri acara Minggu Fesyen New York 2019 (NYFW2019), pengacara popular Noor Neelofa kelihatan sibuk memenuhi undangan di Minggu Fesyen Milan pula.

Menerusi laman Instagram, selebriti yang baru sahaja pulang dari menunaikan ibadah haji pada bulan lalu itu memuat naik beberapa koleksi gambar dengan penampilan fesyen yang gah dan menarik.

Namun mungkin Neelofa terlepas pandang apabila terdapat sekeping gambar dimana kain yang dipakai pengacara program MeleTOP itu didakwa kelihatan sedikit terangkat.

Menerusi ruangan komen, sudah tentu warganet tidak melepaskan peluang untuk memberi pelbagai reaksi terhadap penampilan tersebut.