Dulu Selalu Makan Nasi Goreng Kicap, Tu Pon Sedap Sebab Resepi Nenek Yang Ajar

Mudah saja resepi nasi goreng kicap ni.

Anak-anak pun kata sedap.

Bolehlah masak untuk dibuat sarapan atau makan malam.

BAHAN-BAHAN:

4 cawan nasi
• 3 biji bawang merah*
• 2 ulas bawang putih*
• Sedikit ikan bilis*
• 5 biji cili api* (letak 4 biji je)
(Semua bahan bertanda * ditumbuk)
• 1 sudu makan sos tiram

1 biji telur dikacau
• 1/2 btg carrot dihiris panjang (tak letak)
• 3 tangkai kacang panjang dihiris (tak letak)
• Kicap secukupnya
• Sedikit garam (tukar letak kiub ayam sikit)

CARA-CARA:

1) Tumis bahan yang ditumbuk hingga wangi. Masukkan sos tiram.

2) Pecahkan telur dan gaul higga masak.
3) Masukkan carrot dan kacang panjang.
4) Tuang nasi dan gaul rata.
5) Masukkan kicap secukupnya.
6) Sedia dihidang.

Selamat mencuba!Jangan lupa share dengan kawan-kawan ye.
Terima kasih!

Artikel Berkaitan   Resepi Ramadan Ke 28 Cara Buat Ikan Masak Cuka Simple Dan Sedap