Dunia penuh resah gelisah, Seruan Zul Yahya buat ramai sebak

Pelakon Zul Yahya mengajak orang ramai memperbanyakkan amal ibadah dan meninggalkan perkara yang sia-sia termasuk mengejar kehidupan dunia sehingga lalai menjadi umat Muhammad yang berguna.

Menerusi video yang dimuat naik di Facebook berkata, wabak Covid-19 yang menimbulkan kegelisahan masyarakat dunia dianggap sebagai peringatan Allah SWT untuk hambaNya yang banyak melakukan d0sa.

Mengakui dirinya masih jah1il, pelakon berusia 47 tahun itu meluahkan perasaan sedih apabila kehidupan ketika ini sudah terbatas kerana masjid dan surau telah ditutup bagi mengelak penvlaran w4bak tersebut.

“Kita tak boleh lagi bebas macam dulu, bebas untuk beribadah. Allahuakbar! Ini pengajaran bagi kita. Iman masih lagi belum sempurna.
“Cukuplah, kita dah banyak buat kemvngkaran dan perkara Allah tak suka. Banyak maks1iat berlaku, perlakuan s0ngsang,” katanya.
Dalam video berdurasi 23 minit 11 saat itu, Zul menyeru orang ramai menghidupkan suasana masjid di dalam rumah dengan melakukan amal ibadah dan memperbaiki diri masing-masing.

“Sentiasa lihat kebesaran Allah SWT, jangan lagi lihat kebesaran dunia. Tengok Allah hantar makhluk yang kecil je, hvru-hara dah satu dunia.
“Sampai bila kita nak biarkan masjid sepi? Sepi tiada tangisan dan amalan. Tiada apa-apa ibadah di masjid.
“Kita yang ada agama pun tak dapat nak tunjuk agama kita pada orang tiada agama. Allah dah sediakan syurga untuk kita tapi kita tak nampak,” ujarnya.
Tonton video penuh : (Sila Subscribe Youtbe Sam Son Studio)

Sumber : Zul Yahya

120 Kes Baru Covid-19 Hari Ini, Malaysia Catat Dua Kemati1an Dalam Masa Sehari

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi sidang media sebentar tadi mengumumkan sebanyak 120 lagi kes baru dilaporkan di Malaysia menjadikan keseluruhan 673 kes positif Covid-19.

Artikel Berkaitan   Ali Puteh Panggil Netizen Anjing Sebab…

95 daripada kes baru itu berkait dengan kes kluster perhimpunan di Sri Petaling. Manakala tujuh lagi pesakit telah sembuh menjadikan 49 setakat ini.

Selain itu, Malaysia mencatat dua kematian pertama wabak tersebut iaitu merupakan kes ke-178 dan kes ke-358 hari ini.

Kes pertama

Kes ke-358 adalah lelaki warga tempatan 60 berusia mempunyai sejarah kronik.

Mula bergejala pada 7 Mac dan dirawat Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac. Kesihatannya mula merosot dan dimasukkan ke ICU.

Hari ini disahkan meninggal dunia. Seramai 193 orang kontak rapat mangsa telah pun dikenalpasti dan sedang menjalani kuarantin di rumah.

Kes kedua

Manakala kes ke-178 merupakan lelaki warga Malaysia berumur 34 tahun yang pernah hadir perhimpunan tabligh di Sri Petaling.

Beliau bergejala mulai 5 Mac dan dirawat di Hospital Permai pada 12 Mac selepas positif COV1ID-19. Keadaan beliau mer0osot dan dimasukkan ke ICU sebelum disahkan meninggal dunia hari ini.