“Ebit Lew Sebak,” Nenek Minta D0akan Dia MeninggaI Sempat Ucap Syahadah

Siapa tidak kenal dengan pendakwah bebas ustaz Ebit Lew, setiap bait kata-katanya sentiasa membuatkan jiwa berasa tersentuh dan sebak.

Dalam perkongsian terbaru di IG, baru-baru ini ustaz Ebit telah berkongsi lagi sebuah video memaparkan hasrat murni seorang wanita warga emas.

Berkerusi roda pergi ceramah ustaz Ebit

Menerusi entrinya, warga emas itu berusia 80 tahun, menyatakan sangat meminati ceramah yang disampaikan oleh ustaz Ebit. Oleh kerana itu, meskipun dengan berkerusi roda, nenek itu tetap gigih menghadiri ceramah agama.

Sempat ucap syahada sebelum meninggal

Namun, apa yang menyentuh perasaan adalah permintaan nenek tersebut, apabila meminta agar ustaz Ebit mendoakan dirinya dapat menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan mulia dan sempat melafazkan dua kalimah syahadah.

“Makcik ni minta doa dan nasihat supaya makcik nak meninggal dunia dapat ucap syahadah. Sebak dengar…”

Setiap daripada kita sudah pasti menginginkan pengakhiran yang baik dalam hidup, semoga hasrat murni nenek ini dimakbulkan oleh Tuhan.

Artikel Berkaitan   “Tangan kuat sangat kot” – Posmen Tercampak Barang Wanita Ini Ke Atas Bumbung Rumah Buat Netizen Terhibur