“Eh,Jalan Ni Memang Bapak Aku Punya Pun” Netizen Kecam Wanita Bertudung Basuh Kereta Tengah Jalan

Sabtu lalu, viral di media sosial video seorang wanita mencuci keretanya di tengah jalan raya di kawasan perumahan sehingga menghalang laluan pengguna lain.

Video berdurasi 25 saat itu menunjukkan wanita terbabit berdegil tidak mahu mengalihkan kenderaannya dan melenting apabila ditegur pengadu.

Jalan bapak awak ke Adoi cik kak pun Agak2 la basuk kereta atas jalan sampai orang tak boleh lalu pastu buat macam diri tu betul xnak alih kan kereta 😓

Posted by Gambar Accessories & Spareparts Motor on Sabtu, 8 Februari 2020

Berdasarkan video, pengadu menegur tindakan tidak bertanggungjawab wanita itu. Kebiasaannya. orang yang menyedari dirinya melakukan kesalahan akan menerima teguran secara terbuka dan tidak memanjangkan cerita. Tetapi tidak pada wanita ini yang enggan menggalah dan mengatakan jalan itu bapa dia yang punya.

“Ini mesti kes depression juga ke? Memalukan betul. Nasib baik bukan sedara aku. Tapi malu gak lah sebab orang Melayu Islam. Pakai tudung melalak bukan main kuat suara tu. Dah kita salah,” kata netizen.

Netizen juga mendapati, kereta yang sama pernah diviralkan pada September 2019 di mana pengadu mendakwa pemandu Myvi itu sengaja membrek secara mengejut di hadapannya.

LAGI REAKSI NETIZEN

Sumber: Gambar Accessories and Spareparts Motor

Artikel Berkaitan   "Tak Adil Suami Awak Berkelakuan Seperti Ini” Isteri Mengadu Tak Sempat Mandi Urus Keluarga, Suami Buat Bodoh