“Eiii Tak Geli Ke” Gadis Ini Perkenalkan Teknik Hilang Jerawat Dan Kulit Cantik Dalam 3 Bulan Hanya Dengan Jilatan Kucing

Siapa sangka dengan jilatan daripada seekor kucing ia mampu merawat masalah kulit berjerawat?

Itu yang diamalkan oleh seorang gadis daripada Indonesia, Dinda, apabila beliau menggunakan teknik jilatan daripada kucing miliknya bernama Nia.

Menurut Dinda, teknik yang dikenali sebagai rawatan muka ini mampu menghilangkan jerawat serta melembutkan kulit wajah.

Kakak Dinda, Debi memberitahu bahawa hampir setiap hari kucing itu akan naik keatas buku sekolah Dinda bagi menjilat mukanya.

Selepas 3 bulan, jerawat pada wajah Dinda dikatakan berkurang. Wow!

Walaubagaimana pun, kucing berwarna oren ini tidak pernah pula menjilat wajah orang lain dan hanya mahu menjilat wajah Dinda sahaja.

Sumber: Newsflare