Elak Ada Jangkitan, Pegawai Bank Guna Seterika Je Untuk Bunuh COVID-19

Seorang pegawai bank di India mempunyai ‘cara’ tersendiri untuk membunuh virus COVID-19; iaitu menggunakan seterika.

Video yang tular dilaman Twitter menunjukkan pegawai bank tersebut menggunakan seterika bagi membasmi kuman pada cek yang diterima olehnya daripada pelanggan.

Klip video berkenaan menunjukkan beliau memakai penutup mulut dan hidung berserta sarung tangan sambil mengambil cek menggunakan pengepit. Cek tersebut kemudiannya diletakkan pada atas meja sebelum ditekap dengan seterika.

“Saya tidak fikir teknik digunakan pada cek itu berkesan tapi kreativiti itu perlu dipuji,”, kata pengguna Twitter pada video berkenaan.

Walaubagaimana pun, keberkesanan penggunaan seterika ini dalam membunuh virus COVID-19 dipertikaikan oleh orang ramai, dan rata-rata mencadangkan penggunaan hand sanitizer dan sabun adalah lebih berkesan.

Negara India yang melaksanakan perintah berkurung setakat ini telah mencatatkan 4,314 kes jangkitan positif COVID-19, dengan 118 kematian dan 328 pulih.

kredit era