“Emak-Emak Terutamanya Jangan Biarkan Mana-Mana Lelaki Mengusap Manja Anak Dara Awak Tu, Baca Kisah Di Baitul Solehah Ni”

SEMAKIN menjadi-jadi isu Pedo di Malaysia. Tapi masih banyak pihak yang pandang remeh tentang masalah ini. Kami harap perkongsian daripada Baitus Solehah di bawah dapat membuka mata setiap individu dan pihak yang bertanggungjawab.

INI mangsa pedo. Budak ni di’grooming’ dari sebelum ambik UPSR. Bila umur 13 tahun dah mengandung. Budak tu happy je sebenarnya sebab dia tak tahu akibat.

Best apa ada lelaki sebaya bapa belai, peluk, sentuh dan akhir sekali barulah bersetubuh. Bersetubuh ni babak akhir setelah mangsa terkulai manja.

Kesian tak, budak kecik dah kendung anak. Ni gambar saya ambik waktu dia nak mandi anaknya. Terpaksa berjengket sebab masih rendah. Pendek. Ketinggian belum cukup. Masa mengandung sedih tengok budak kecik perut terjungkit kedepan.

Di sini mereka perlu berdikari. Kena urus anak sendiri. Ada kawan sebelahnya perhati, tunjuk ajar supaya budak ni lakukan dengan betul.

Apa emak emak rasa bila tengok budak umur 13 tahun kendung anak? Adik ke anak?

Walaupun budak, fitrahnya seorang perempuan mengandung dan melahirkan anak, air susu tetap ada dan mewah. Anaknya menyusu susu ibu.

Masih ada 4 mangsa pedo belum melahirkan. 2 orang budak dah melahirkan anak.

Inilah bukti pedo makin bermaharajalela. Tahun lepas saja berapa ramai mangsa pedo melahirkan anak di sini.

Emak, emak, jangan lena. Jangan sebuk dengan kisah husna.

Bangun, bangun.

Sumber: Baitus Solehah

Artikel Berkaitan   Dah La Kecil, Suara Pun Tak Ada. Rupanya Semut Bila Dalam Kecemasan, Ini Cara Dia “Roger” Member Dia