Empat Terbunuh Dan 50 Cedera Dalam Menuntut Bela Penghinaan Terhadap Rasulullah Oleh Seorang Penganut Ini

DHAKA: Sekurang-kurangnya empat terbunuh dan hampir 50 lagi cedera selepas polis melepaskan tembakan terhadap puluhan ribu penduduk Islam yang membantah kenyataan di Facebook oleh seorang penduduk Hindu yang menghina Nabi Muhammad SAW, hari ini.

Kira-kira 20,000 umat Islam menunjuk perasaan di bandar Borhanuddin menuntut hukuman bunuh terhadap seorang lelaki Hindu yang ditahan kelmarin, atas tuduhan mencetuskan ketegangan agama.

Menurut polis, tembakan terpaksa dilepaskan bagi mempertahankan diri selepas ada penunjuk perasaan melontar batu kepada pihak berkuasa.

“Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan sehingga 50 lagi cedera,” kata Inspector Salahuddin Mia.

Menurutnya, pasukan tambahan polis dan pengawal sempadan dihantar ke bandar itu.

Jurucakap Hospital Bhola Sadar Hospital berkata, kematian mungkin meningkat kerana tujuh mangsa yang cedera kini dalam keadaan kritikal.

Artikel Berkaitan   “Tengah Memandu Tiba-Tiba Lipas Masuk Dalam Kain” Wanita Ini Kongsi Tips Bunuh Lipas Dalam Kereta Pakai Bahan Dapur