“Engkau Yang Cari Pasal Berenti Tengah Jalan, Lepas Kau Tumbuk Orang Lain”

KUALA LUMPUR, 8 Julai ― Tindakan seorang penunggang motosikal memulakan pergaduhan selepas hampir terlibat dalam satu kemalangan kecil mengundang kritikan ramai.

Insiden dipercayai berlaku di Jalan Padang Tembak berhampiran Kementerian Pertahanan Malaysia tular selepas sebuah video dimuat naik seorang individu hari ini.

Menerusi petikan video itu, lelaki berkenaan pada mulanya kelihatan cuba menyeberangi jalan sebelum hampir dilanggar sebuah motosikal lain.

Bengang dengan insiden tersebut, lelaki itu kemudian memberhentikan kenderaan ditunggangnya sebelum bertindak menumbuk seorang lagi penunggang motosikal.

Apa yang dikesalkan adalah insiden pergaduhan turut melibatkan kanak-kanak dan seorang wanita yang menaiki motosikal bersama mangsa.

Kanak-kanak dan wanita itu juga terjatuh dari motosikal akibat tindakan lelaki berkenaan.

Rata-rata orang ramai kesal dengan insiden tersebut selain berharap tindakan tegas dikenakan terhadap pelaku yang boleh dianggap sebagai pembuli jalan raya.

kredit projekmm

Artikel Berkaitan   Isteri Naik Hantu Kerat Suami Sendiri Depan Anak Dan Simpan Organ Dalam Peti Sejuk