Entah Kenapa Tentera Ini Buat “Live” Tembak Orang Awam, Polis Masih Tidak Tahu Punca Ia Mengamuk

BANGKOK – Pasukan Keselamatan Thailand menembak mati seorang tentera yang melepaskan tembakan rambang yang meragut sekurang-kurangnya 21 nyawa, kata sumber polis dan tentera.

Menurut laporan The Straits Times, tentera itu dibunuh di pusat membeli-belah di Nakhon Ratchasima yang menjadi lokasinya melakukan serangan.

“Polis telah membunuh pelaku dan menyelamatkan lapan tebusan. Ada yang cedera.

“Pelaku itu masih di ruangan bawah tanah dan dilihat tidak mempunyai tebusan bersamanya. Kami semakin dekat dengannya,” kata sumber keselamatan itu.

Kedua-duanya enggan dinamakan kerana mereka tidak dibenarkan bercakap dengan media.

Terdahulu, seorang pegawai keselamatan berkata, sembilan orang awam telah dipindahkan dari pusat membeli-belah dan pasukan keselamatan memeriksa sama ada ada masih terdapat mangsa lain yang berada di lokasi itu.

Serangan menembak bermula pada petang semalam apabila tentera terbabit melepaskan tembakan di sebuah rumah sebelum berpindah ke pangkalan tentera dan kemudian pusat membeli-belah di Nakhon Ratchasima, kira-kira 250 kilometer dari bandar raya, kata polis.

Polis telah mengenal pasti suspek, Jakrapanth Thomma, 32.

Jurucakap Kementerian Pertahanan, Kongcheep Tantrawanit memberitahu Reuters, pihaknya tidak tahu mengapa askar itu bertindak sedemikian.

Kejadian bermula di sebuah berek tentera sebelum suspek mencuri kenderaan tentera dan menuju ke pusat beli-belah, Terminal 21.

Media tempatan melaporkan suspek mencuri senjata dari sebuah stor tentera sebelum melepaskan tembakan rambang di bandar berkenaan.

kredit sinar harian

Artikel Berkaitan   Baru Pulang Dari Perhimpunan Tabligh Indonesia, 6 Jemaah Ditahan Ketika Masuk Malaysia