Entah Mengapa Tiba-Tiba Lebah Membuat Sarang Di Punggung Lelaki Ini, Ini Yang Dilakukan Lelaki Tersebut Supaya Lebah Tidak Lagi Mengekorinya

Seorang lelaki dari Nagaland, iaitu sempadan India dan Myanmar telah dikerumuni sekumpulan lebah selepas ratu lebah terbang kearahnya.

Yang peliknya, lebah ini membuat sarang pada bahagian punggung lelaki terbabit dan ia mencuri perhatian ramai.

Lelaki yang dikenali dengan nama Velelhu, 25, berada pada tangga sambil menunjukkan lebah-lebah terbabit yang berkerumun disitu.

Velelhu kemudiannya berjaya menangkap ratu lebah sebelum mengoyakkan sayap dan meletakkan kedalam sebuah balang, menyebabkan lebah-lebah lain tidak lagi mengerumuni beliau.

Kejadian yang jarang berlaku ini nyata menarik minat orang ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa ‘geli’ apabila melihat lebah-lebah itu mengerumuni punggung lelaki tersebut.

Sumber: Newsflare

Artikel Berkaitan   Mengapa Kita Suka Ingat Sesuatu Ketika Solat dan Dan 7 Cara Menanganinya