Erra Fazira Akui Masih Berhubung Dengan Shahir

Sekian lama menjalin hubungan rapat, bagaimanapun pelakon dan penyanyi Erra Fazira mendedahkan hubungannya dengan penyanyi Shahir Zawawi sudah pun berakhir sejak Januari tahun lalu.

Bagaimanapun, Erra menjelaskan dia dan juara Akademi Fantasia musim kelapan itu masih berkawan baik. Malah, Erra berkata mereka juga masih berjumpa untuk melakukan aktiviti riadah bersama-sama.

“Kami masih berhubung… masih. Kalau ada masa lapang kami akan berjumpa untuk bermain badminton. Cuma bezanya tidak kerap. Sekali sekala tu adalah,” katanya kepada Astro Gempak.

Terdahulu, selepas empat tahun menjalin hubungan cinta, pasangan itu akhirnya berpisah. Bagaimanapun, Erra tidak menjelaskan punca perpisahan mereka itu.

Dalam pada itu, Erra mengatakan dia tidak merasa kecewa mahupun sedih dan percaya apa yang berlaku sudah ditetapkan Allah.