Erra Fazira Sudah Putus Cinta Dengan Shahir

Hubungan rapat antara pelakon dan penyanyi cantik, Erra Fazira dan Shahir bukanlah lagi satu cerita baru. Bagaikan tidak berkesudahan kisah di antara mereka.

Terbaru, Erra mendedahkan hubungannya dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan itu sudah pun berakhir sejak Januari lalu. Bagaimanapun Erra memberitahu mereka masih bersahabat baik meskipun sudah membawa haluan masing-masing.

“Kami dah move on dengan kehidupan sendiri. Saya tidak kecewa kerana saya tahu aturan Allah itu baik. Kami masih berkawan tapi tiada lagi hubungan istimewa.

“Dahulu memang ada perancangan untuk bahagia bersama, namun Allah tidak tunjukkan jalan dan tidak permudahkan,” katanya kepada MHE TV.

Tidak menjelaskan punca perpisahan hubungan cinta yang dijalin selama empat tahun itu, Erra mengatakan dia tidak merasa kecewa mahupun sedih dan percaya apa yang berlaku sudah ditetapkan Allah.

“Sebagai seorang wanita apabila diberi harapan, sudah tentu ada rasa bunga-bunga tapi lama-lama kematangan mengatasi segalanya. Sampai bila? Saya tidak sedih, tidak boleh salahkan sesiapa kerana jodoh telah tiada,” katanya.

Dalam pada itu, Erra memaklumkan dia akan ke Tanah Suci bulan ini untuk enunaikan ibadah haji.

(Visited 182 times, 1 visits today)