Farah Nabilah Tidak Kisah Peminat Jodohkannya Dengan Zul Ariffin

Di Malaysia, drama bersiri mempunyai sebilangan peminat setia, dan biasanya gandingan dalam drama mempunyai peminat sendiri atau ‘shippers’ memuja idea percintaan antara dua pelakon yang diminati.

Jika anda masih ingat, antara ship yang mempunyai ramai peminat ialah gandingan Zul Ariffin X Ayda Jebat (Rindu Awak 200%), Fattah Amin X Neelofa (Suri Hati Mr Pilot) dan Fattah Amin X Fazura (Hero Seorang Cinderella).

Malah, ramai yang berharap gandingan yang diminati itu akan mengakiri hubungan dengan ikatan perkahwinan seperti pasangan K-drama Song Joong Ki dan Song Hye Gyo (Descendants of the Sun) dan pasangan telenovela Filipina, Ding Dong Dantes dan Marian Rivera (Marimar).

Pasangan terbaru yang sedang hangat dipuja peminat ialah Zul Ariffin dan Farah Nabilah yang berlakon drama Titian Cinta yang ditayangkan untuk slot Akasia di TV3.

Farah menyatakan hubungan dia dan Zul hanyalah berbentuk profesional:

Saya dan Zul tiada apa-apa hubungan istimewa, apa yang ditonton hanyalah lakonan semata-mata demi menjayakan watak.