Fasha Sandha Kecewa Kena Tipu Beli Barang Online

Fasha Sandha meluahkan rasa geram apabila barangan yang dipesan melalui atas talian indah khabar dari rupa. Menurut Fasha, dia membeli bantal khas untuk ibu mengandung supaya tidur lebih lena memandangkan kandungannya semakin sarat.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fasha berkata kualiti bantal tersebut sangat teruk dan tidak berkualiti sedangkan dijual pada harga yang mahal. Malah, Fasha turut terkilan barangan yang dipesannya itu mengambil masa 3 minggu untuk sampai ke tangannya

“Reality vs Expectation! Memandang kan dah masuk third trimester, badan mula lenguh dan perlukan bantai ni. Hari ni baru terima maternity pillow yang dibeli mahai sungguh dari Lazada. Sungguh la kepam, teruk dan bad quality. tak baik tau aniayai orang kan,” katanya.

Meskipun kecewa dan berang, bagaimanapun Fasha berkata dia enggan memanjangkan hal itu dan memaafkan peniaga tersebut. Malah, Fasha turut meminta bantuan daripada pengikutnya untuk mendapatkan bantal berkenaan.

Perkongsian Fasha itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan bahawa bantal yang dibeli melalui online memang sangat berbeza dengan yang dibeli dikedai. Tidak kurang juga, ada yang memberi tips kepada Fasha jika membeli melalui online pastikan semak dulu ulasan dari pembeli lain.

 

Sumber : Rotikaya