Fathia Latiff Dedah Kekasih Curang Punca Buka Tudung

Kembali berhijab sebelum Ramadan lalu dan mahu memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik, Fathia Latiff berkata keputusannya untuk bertudung semula dibuat selepas menyedari tanggungjawabnya sebagai wanita Islam.

Menurut Fathia, pergaulannya dengan rakan-rakan yang berbeza agama mambuatkan dia lebih mengenali dirinya sendiri dan asal usul dimana seorang wanita Islam wajib bertudung.

“Saya banyak bergaul dengan orang bukan Islam dan ketika itu terdetik siapa diri ini. Ketika solat, saya rasa macam tenang. Baru sedar rupa-rupanya saya ni orang Melayu Islam yang kena pakai hijab.

“Saya macam tahu asal-usul. Saya tengok orang lain tak pakai rasa macam cemburu juga. Tapi saya orang Islam, kena pakai tudung dan tak boleh ikut orang lain. So, saya mula pakai masa bulan Ramadan.

“Masa saya tak pakai tudung ras macam tak sedap hati. Sekarang Alhamdulillah, I feel relax and more like contented,” katanya.

Menerusi temubual bersama Caprice, Fathia turut bercerita pengalaman kali pertama dia membuat keputusan berhijab pada tahun 2016. Ketika itu dia sedang berseronok di pusat karaoke dan melihat perkara menakutkan seolah-olah satu teguran agar dia menutup aurat.

“Sebenarnya rasa hidup macam tak bermakn. Tiba-tiba saya rasa nak berhijab, masa itu tengah karaoke. Tengah menyanyi saya boleh nampak benda-benda yang tak best. Saya gementar dan takut gila. Saya ambil selimut, tutup kepala.

Dalam pada itu, Fathia mendedahkan dia bertindak membuka tudung tahun lalu kerana mempunyai masalah dengan bekas kekasihnya. Fathia mengakui ketika itu dia marah dan memberontak kerana lelaki.

“Saya rasa marah dan memberontak kerana seorang lelaki yang kantoi mesej dengan wanita lain. Ketika itu saya fikir kenapa jadi baik tapi orang lain buat jahat pada saya,” katanya.

Artikel Berkaitan   Pasangan Suami Isteri Terpisah Boleh Rentas Negeri Semula Untuk Bertemu Mulai 1 Jun

Sumber : Rotikaya