Fazley Yaakob Dedah Pernah Kerja Sebagai Pencuci Tandas

Berkongsikan pengalaman ketika menyambung pengajian dia luar negara satu masa dahulu, penyanyi dan Cef Selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan dia pernah bekerja sebagai pencuci tandas.

Menurut Fazley, ia pengalaman tidak dapat dilupakan apabila terpaksa mengaut najis dan muntah dari lantai tandas. Fazley berkata dia juga pernah menjadi mascot pakaian arnab sambil jual minuman dan dia diludah dimuka.

Dalam pada itu, Fazley turut berkongsikan dia pernah menjadi mascot pakaian arnab sambil jual minuman. Ketika itu, dia pernah diludah dimuka.

“Mungkin ramai tak tahu, sebelum-sebelum ni, antara kerja-kerja yang saya pernah buat: Mencuci tandas di luar negara sampai terpaksa kaut muntah dan najis manusia di atas lantai untuk dimasukkan ke lubang tandas (semasa bergelar pelajar universiti).


“Selain itu, menjadi mascot pakaian arnab sambil jual coffee (sampai kena ludah di muka dengan kahak hijau), menjual pucuk-pucuk muda dan daun-daun herba di pasar malam dan juga menjadi Pam Attendan stesen minyak,” katanya.

Berkongsi video memaparkan dirinya sedang mop lantai, Fazley memberitahu kerja-kerja mengemas seperti itu langsung tidak menjadi masalah baginya meskipun sudah memiliki dua buah restoran.

“Jadi apabila menjadi pemilik restoran, apalah sangat kerja-kerja mop lantai, mengemas meja, mencuci pinggan, dan juga mencuci tandas,” katanya lagi.